Karkuzari – Asbab Khuruj 40 Hari dan Khidmat, Hancur Amarah

Karkuzari(laporan) ini seperti mana yang terdapat di dalam bayan masyaikh (ulama) di Ijtima’ Ancol 2007.

Pembayan mengatakan;

“Hadirin yang mulia, agama yang sempurna belum ada di dalam kehidupan kita. Agama yang sempurna ini akan datang dengan perantaraan usaha. Mereka yang keluar di jalan Allah SWT dan semua orang yang berkumpul di sini atas maksud agama dan semua umat (hanya Allah SWT yang tahu berapa jumlahnya), hendaklah berusaha bagaimana Yakin (iman) ada dalam hati dan meyakini dengan agama sahaja memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Agama ini meliputi semua bahagian di dalam kehidupan.

Kita keluar di jalan Allah untuk melatih diri. Sunnah yang sudah lama ditinggalkan, kita latih tatkala semasa keluar di jalan Allah. Banyak sunnah-sunnah yang belum ada di dalam diri hingga menyebabkan timbul perasaan takut dan keberatan untuk mendengar dan mengamalkannya. Bukan setakat itu sahaja, bahkan ada yang merendah-rendahkan dan menghina amalan sunnah. Maka tatkala orang keluar di jalan Allah SWT dengan tanpa dorongan dan arahan sesiapa, asbab suasana yang baik, maka dia ada kekuatan untuk mengamalkan sunnah. Salah satu daripada ribuan hikmah adalah supaya mereka yang keluar di jalan Allah boleh mengamalkan agama dengan berada di tengah persekitaran suasana agama.

Tatkala orang yang keluar di jalan Allah SWT, maka dia akan mendapatkan latihan ini. Sehingga semua amal dilakukan sesuai dengan amalan agama. Sekiranya jemaah yang keluar di jalan Allah SWT berusaha mengikuti tertib yang dikehendaki, maka akan mendapat kesan yang sangat besar dan bermanfaat. Mereka pulang setelah keluar di jalan Allah SWT dengan perubahan di dalam kehidupan. Sehingga orang lain yang melihat daripada kejauhan akan mengatakan, “dia sudah berubah”. Cara kehidupannya benar-benar ada perubahan.

Ada orang yang sangat pemarah. Isterinya menyiapkan makanan dan menghidangkan di hadapan suaminya. Apabila suaminya merasa makanan itu terlebih garam, maka dia campakkan makanan itu dan dia katakan kepada isterinya, “Kenapa masukkan banyak garam di dalam makanan ini, tidak dirasa terlebih dahulu?”. Apabila sahaja makanan yang dimakannya itu tidak sesuai dengan seleranya, maka akan dicampakkan makanan itu. Sangat pemarah sekali sehingga isterinya ketakutan. Maka setiap hari isterinya memasak dengan ketakutan dan susah payah. Makanan dihidangkan di depan suaminya dengan perasaan takut dan khuatir.

Dengan taufik Allah SWT, dia keluar di jalan Allah selama 40 hari. Maka tatkala keluar 40 hari ini, beberapa kali dia diberikan tugasan sebagai khidmat (menyediakan makanan untuk jemaah). Dia juga duduk di dalam muzakarah adab makan. Di antara pengisian dalam muzakarah adab makan tersebut ialah makanan adalah daripada rahmat dan sudah ditentukan oleh Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa makan makanan dengan duduk di bawah (lantai, atas tanah). Makan makanan sebagaimana seorang hamba sahaya.

Setelah 40 hari keluar di jalan Allah SWT itu, dia telah berubah dan dia mula sedar bahawa makanan adalah nikmat Allah SWT. Sehingga dia berasa terhutang budi dengan orang yang memasak untuknya. Isterinya sebagaimana biasa menyediakan makanan dan menghidangkannya di depan suaminya. Setelah dihidangkan, isterinya menunggu dengan ketakutan, jika makanan yang disediakan itu tidak sesuai dengan selera suaminya.

Maka suaminya pun makan makanan yang dihidangkan oleh isterinya dengan perubahan yang ada pada dirinya. Makanan ini adalah nikmat Allah SWT. Seandainya Allah tidak memberi makanan, makanan ini pun tidak mungkin akan dperoleh. Dia memanggil isterinya, didudukkan disampingnya. Dia katakan, “makanan ini lazat sekali, 40 hari lamanya saya tidak merasa kelazatan masakan daripada tanganmu. Apa pun yang engkau masakkan untukku dengan tangganmu, lazat semua rasanya.” Maka isterinya mendengar dan menangis. Suaminya yang dahulu pemarah kini berubah dan memuji masakannya.

Bagaimana perubahan ini datang? Maka isterinya pun faham bahawa perubahan terhadap suaminya setelah suaminya keluar di jalan Allah SWT, belajar akhlak dan ikram.”

Muat turun atau dengar bayan ini di http://www.esnips.com/web/BAYANDAWAH?docsPage=2#files

http://karkuzaridakwahiman.blogspot.com/

Live Streaming dan Rakaman Bayan Jord KL 2010 (11-13 Jun 2010)

Jika server ok dapat mendengarnya..Insya’Allah.

Tempoh rakaman: 10.6.2010 – 14.6.2010
Tempat: Masjid Jamek Bandar Baru Sri Petaling. (Dijemput Hadir)
Waktu bayan (Kuala Lumpur): Selepas fardhu Subuh, Dzuhur, Asar dan Maghrib.
Pembayan (diantaranya): Maulana Qasmi Mohammad Shauket, Maulana Umar Rahmat

Copy paste http ke browser: mms://wm9.spacialnet.com/radioislam (RealP, JetAudio, Winamp etc)
@
Ke laman web penyedia: http://radioislam-nusantara.com/

June 14, 2010  Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,   Posted in: Bayan umum

Leave a Reply